Membaca basmallah disunnahkan pada saat mengawali setiap pekerjaan ...
"Tidak sempurna wudhu' bg org yg tidak membaca nama Allah padanya."
Musnad Ahmad.
"Ucapkan bismillah, makan dgn tangan kananmu dan makanlah makanan yg dekat darimu"
SAHIH MUSLIM
HUKUM BASMALAH
1. Lafaz basmalah : بسم الله الرحمن الرحيم. Inilah lafaz yg terdapat dlm surah An-Naml ayat 30
إِنَّهُ مِن سُلَيْمٰنَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
"Sesungguhnya ia (surat) drpd Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim
2. Hukum membaca basmalah di awal surah adalah dituntut (sunat) kecuali di awal surah At-Tawbah kerana
~Basmalah tdk ditulis di awal surah spt surah2 yg lain. (Sebahagian ulamak mengatakan bhw surah Al-Anfal dan surah At-Tawbah adalah 1 surah)
~Surah At-Tawbah diturunkan ketika perang. Perang adalah huru hara dan basmalah adalah keamanan. Tidak mungkin berhimpun keamanan dan huru hara dlm 1 masa
3. Terdapat 3 cara yg diharuskan membaca basmalah diantara 2 surah.
a. Berhenti pd akhir surah pertama dan juga basmalah, kemudian menbaca surah kedua.
ومن شر حاسد إذا حسد (-) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل أعوذ برب الناس (١)
b. Berhenti pd akhir surah pertama kemudian menyambung bacaan basmalah dgn awal surah kedua.
ومن شر حاسد إذا حسد (-) بسم الله الرحمن الرحيم (+) قل أعوذ برب الناس (١)
c. Menyambung akhir surah pertama dgn basmalah dan awal surah kedua.
ومن شر حاسد إذا حسد (-) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل أعوذ برب الناس (١)
**Dilarang menyambung akhir surah pertama dgn basmalah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal surah kedua. (Kerana basmalah itu dijadikan di awal surah, bukannya di akhir surah)
4. Terdapat 3 cara yg diharuskan utk menyambung bacaan antara akhir surah Al-Anfal dgn awal surah At-Tawbah.
a. Waqaf pd akhir suraj Al-Anfal kemudian membaca awal surah At-Tawbah.
إن الله بكل شيء عليم (-) براءة من الله ورسوله الى الذين عٰهدتم من المشركين (١)
b. Saktah pd akhir surah Al-Anfal kemudian membaca awal surah At-Tawbah.
إن الله بكل شيء عليم (س) براءة من الله ورسوله الى الذين عٰهدتم من المشركين (١)
c. Wasal akhir surah Al-Anfal dgn awal surah At-Taubah
إن الله بكل شيء عليم (+) براءة من الله ورسوله الى الذين عٰهدتم من المشركين (١)
Hukum Isti'azah.
1. Makna Isti'azah (استعاذه)
~ Pada bahasa : Berlindung
~ Pada istilah : Lafaz yg menghasilkan perlindungan dan naungan Allah drpd syaitan yg di laknat. Juga dikenali dgn ta'auwuz (تعوّذ)
2. Dalil tuntutan membaca isti'azah adalah spt berikut.
~ Firman Allah dlm surah An-Nahl : ayat 98
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءَانَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطٰنِ الرَّجِيْمِ
"Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka hendaklah meminta pertolongan kps Allah dari syaitan yg direjam.
~ Diriwayat dari Ibnu Mas'ud r.a telah berkata :
قَرَأْتُ عَلَى رَسُولِ اللّهِ صلى الله عليه وسلم فَقُلْتُ أعوذ بالله السميع العليم فَقَالّ قُلْ يَا ابْنُ أُمِّ عَبْدٍ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم هَكَذَا أَقْرَ أَنِيْهِ جِبْرِيلٌ عَنِ اللُّوحِ عَنِ الْقَلَمِ
"Aku telah membaca kpd Rasulullah s.a.w, aku berkata أعوذ بالله السميع العليم, maka berkata Baginda : Katakanlah wahai anak Ummi 'Abd (Ibnu Mas'ud) أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, beginilah Jibril membacakannya padaku dari Luh dari Kalam
3. Ulamak berselisih pendapat ttg tahap tuntutan bacaan isti'azah kpd 3
~ Kebanyakan ulamak mengatakan SUNAT MUAKKAD membacanya ketika hendak membaca Al-Quran
~ Sebahagian ulamak antaranya 'Ata', Sufyan At-Thauri dan Daud Az-Zahiri serta pengikutnya mengatakan WAJIB.
~ Ibnu Sirin Al-Bashri mengatakan WAJIB membacanya sekali seumur hidup
Terdapat 4 cara membaca isti'azah dan basmalah serta awal surah.
1. Berhenti pd isti'azah dan basmalah. (Ini lebih afdhal)
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (-) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل هو الله أحد (١)
2. Berhenti pada isti'azah dan menyambung basmalah dgn awal surah.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (-) بسم الله الرحمن الرحيم (+) قل هو الله أحد (١)
3. Menyambung isti'azah dgn basmalah dan berhenti padanya kemudian membaca awal surah.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (+) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل هو الله أحد (١)
4. Menyambung ketiga-tiganya.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (+) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل هو الله أحد (١)
** Terdapat 2 cara membaca isti'azah pada awal surah At-Taubah (tanpa basmalah).
1. Berhenti pada isti'azah, kemudian meneruskan bacaan.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (-)
برآءة من الله ورسوله إلى الذين عٰهدتم من المشركين (١)
2. Menyambung isti'azah dgn awal surah At-Taubah
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (+)
برآءة من الله ورسوله إلى الذين عٰهدتم من المشركين (١)
Secara umum makna basmallah
Aku memulai bacaanku seraya mengharap berkah dgn nama Allah Taala yg maha pemurah lagi maha penyayang serta memohon pertolongannya.
Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.
Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.
Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Taubah. Ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.
Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.
Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat.
Sekadar kongsi, secara ringkasnya jika ditadabbur, di dalam basmalah terdapat Tawhid Rububiyyah (af'alulLah), Tawhid 'Uluhiyyah (af'al al-'Ibad) dan al-asma' wa al-sifat. Ia merangkumi kesemuanya. Lalu ia membawa makna yang begitu besar. Kerana itu Allah perintahkan kepada semua hamba-Nya yang beriman.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan bagi mendekatkan diri kepadaNya (fahami dan tadabbur segala perintahNya dan laranganNya di dalam al-Quran); dan berjuanglah pada jalan Allah (menjalankan perintah dan larangan berpandukan Sunnah Rasulullah) supaya kamu beroleh kejayaan. [5:35] Wallahu a'lam.
Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara :
1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya.
2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah SWT.
Ar Rahim hanya untuk org beriman.
هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
Surah Al-Ahzab (33:43)
No comments:
Post a Comment