Friday, September 4, 2015

2:2 AL BAQARAH

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
Surah Al-Baqarah (2:2)

ذلك
Makna itulah

Tetapi di sini makna inilah..

Menunjukkan betapa tinggi kedudukan dan darjat al Qur'an..

الكتب
Al Qur' an yg mulia

لا ريب

Tidak keraguan bhw al Qur'an wahyu Allah Ta'ala dan firmanNya yg diwahyu kpd RasulNya

فيه هدى

Terdapat petunjuk jln menuju kebahagiaan dan kesempurnaan  dunia dan akhirat...

للمتقين

Mereka yg menjaga dirinya dari azab Allah Ta'ala dgn berlaku taat kpdNya; dgn melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya...

SOAL JAWAB & PERBINCANGAN

Bagaimana nak menjadi org yg bertaqwa?

Jawapan paling mudah; buat apa yg Allah suruh, tinggal apa yg Allah larang. Berdoa kpd Allah pohon petunjuk...

Nak bertakwa kenalah taat kpd perintah Allah. Mcmn nk taat perintah Allah klu tafsir quran x bljr.
Makanya, org yg btakwa ialah org yg bljr/amal/sebar quran.
Allahualam.

هُدًى وَرَحْمَةً لِلْمُحْسِنِينَ

Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
31:3

Itulah quran yg dlmnya ada petunjuk jika dipelajari dan suatu rahmat iaitu ganjaran pahala & syurga nika diamalkan. Mereka itu org yg ikhlas dlm amal iaitu beramal dgn amalan yg hak/benar/sahih.

Al-Quran itu adalah petunjuk. Kita mesti faham bahasanya.

Petunjuk itu hendaklah dipelajari. Baru boleh diamal & disebar.
Selagi x bljr, petunjuk duk dlm quran tu lah.

Kena tengok penjelasan ayat seterusnya, ayat 3 surah albaqarah.. dn juga ayat 4.. wa..

Ulama' kata, dlm  al Fatihah, kita pohon hidayah..
Al Baqarah:2 adalah jawapannya.. permohonan diterima...

Tentu ada sbb knp Allah guna "zalika" dan bukan " haza"

Dah bincang... zalika menunjulkan jauh... al kitab itu tinggi kedudukannya...

Allah ta'ala memberitahu bahawa al Q yg diturunkan kpd hamba dan RasulNya merupakan kitab agung ...

Tidak mengandungi keraguan

Atau kemungkinan

Samada ia wahyu Allah ta'ala atau tidak...

Ia adalah mukjizat yg hidayah

Dan hidayah

Dan cahaya

Bg org yg beriman dan bertaqwa

Dgn iman dan taqwa, mereka menuju jalan keselamatan, kebahagiaan dan kesempurnaan...

Pelajaran ayat 2:

mengokohkan iman kod Allah Ta'ala, kpd kitab dan RasulNya.

memotivasi utk menggali petunjuk dari al Q.

penjelasan ttg keutamaan taqwa dan org2 yg bertaqwa.

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
An-nisa:69

لَا رَيْبَ ۛ فِيه
Tidak ada keraguan thdp quran.
Dijelaskan dlm ayat berikut;

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
2:23

ِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
18:1

No comments:

Post a Comment